Rabu, 13 April 2016

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

Perginya tak kembali lagi,,,Al Fatihah

PASTI As Salam, Kg Batu 30 kehilangan permata yang berharga dan sukar di cari ganti dengan pemergian Allahyarham Pok Su Rawi (Setiausaha PASTI As Salam, Batu 30) ke pangkuan Ilahi pada 21hb Mac 2016 yang lalu di rumahnya kg.pangkal amin,batu 30..

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya..Al Fatihah



100 TIP KEARAH KESEMPUNAAN HIDUP

1) BERSYUKUR APABILA BOLEH NIKMAT

2) BERSABAR APABILA MENDAPAT KESULITAN

3) TAWAKKAL APABILA MERENCANAKAN SESUATU

4) IKHKLAS DALAM SEGALA AMAL PERBUATAN

5) JANGAN MEMBIARKAN HATI LARUT,TENGGELAM DALA KESEDIHAN

6) JANGAN MENYESAL ATAS SESUATU KEGAGALAN

7) JANGAN PUTUS ASA DALAM MENGHADAPI KESULITAN

8) JANGAN RASA TERGUGAT DENGAN KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN ORANG LAIN

9) JANGAN BERHASAD DAN IRI HATI ATAS KEJAYAAN ORANG LAIN

10) JANGAN SOMBONG BANGGA DIRI ANDAI BEROLEH KEJAYAAN

11) JANGAN TAMAK TERHADAP HARTA

12) JANGAN TERLALU MENGEJAR SESUATU KEDUDUKAN

13) JANGAN HANCUR KERANA KEZALIMAN

14) JANGAN GOYAH KERANA FITNAH

15) JANGAN MEMASANG KEINGINAN TERLALU TINGGI MELEBIHI KEMAMPUAN DIRI SENDIRI

16) JANGAN CAMPURKAN HARTA DENGAN HARTA YANG HARAM

17) JANGAN SAKITI IBU BAPA SAMADA SECARA FIZIKAL ATAU MENTAL

18) JANGAN USIR ORANG YANG MEMINTA-MINTA

19) JANGAN SAKITI ANAK YATIM

20) JAUHKAN DIRI DARI DOSA- DOSA BESAR

21) JANGAN MEMBIASAKAN DIRI DENGAN DOSA KECIL

22) JANGAN MUDAH PERCAYA PADA RAMALAN MANUSIA

23) JANGAN TERLAMPAU TAKUT JIKA HIDUP MISKIN

24) BANYAKLAH BERKUNJUNG KE TEMPAT IBADAT DAN ILMU

25) SOLAT DENGAN IKHALS DAN KHUSYUK

26) LAKUKAN SOLAT FARDHU DI AWAL WAKTU & BERJEMAAH

27) BIASAKAN DIRI DENGAN SOLAT MALAM

28) BANYAK ZIKIR & DOA KEPADA ALLAH S.W.T

29) LAKUKAN PUASA WAJIB & SUNAT

30) AMBIL BERAT DAN HORMATI FAKIR MISKIN

31) JANGAN ADA RASA TAKUT KECUALI HANYA PADA ALLAH S.W.T

32) KAWAL KEMARAHAN

33) JIKA CINTAI SESEORANG BERPADA-PADALAH

34) BERSATULAH KERANA ALLAH & BERPISAH JUGA KERANA ALLAH

35) LATIH DIRI UNTUK BANYAK BERFIKIR

36) JIKA BERJANJI PENUHI JANJI,JIKA GAGAL SEGARA MOHON MAAF

37) JANGAN SUKA BERMUSUH DENGAN MANUSIA KECUALI IBLIS

38) HORMATI SEMUA ORANG TIDAK KIRA TUA MUDA MISKIN ATAU KAYA

39) JANGAN TERLALU TAKUT KEPADA MANUSIA

40) JANGAN SOMBONG TAKBUR DAN BESAR KEPALA

41) ADIL DALAM SEGALA URUSAN

42) BIASAKAN DIRI BERISTIGHFAR & BERTAUBAT KEPADA ALLAH

43) BERSIHKAN RUMAH ATAU ELAKKAN PATUNG-PATUNG SEBAGAI PERHIASAN KEDIAMAN

44) HIASI KEDIAMAN DENGAN BACAAN AL-QURAN

45) JALIN SILATURRAHIM DENGAN LEBIH RAMAI ORANG

46) BERPAKAIAN MENUTUP AURAT SESUAI DENGAN PETUNJUK ISLAM

47) BERSEMBANG BERBUAL BERCAKAP SECARA SEDERHANA DAN BERPADA

48) MENDIRIKAN RUMAH TANGGA JIKA SUDAH TIBA MASA

49) HARGAI MASA & BERDISIPLIN DENGAN WAKTU

50) BIASAKAN HIDUP BERSIH TERTIB & TERATUR

51) JAUHKAN DIRI DARIPADA PENYAKIT BATIN(HATI)

52) LUANGKAN MASA UNTUK BERSANTAI DENGAN KELUARGA

53) MAKANLAH SECUKUP NYA

54) HORMATI GURU & ORANG BIJAK PANDAI

55) SERING BERSELAWAT KE ATAS NABI S.A.W

56) MENGHARGAI & MENCONTOHI SIRAH,KELUARGA & SAHABAT RASULULLAH

57) JANGAN TERLALU BANYAK BERHUTANG

58) ELAKKAN DIRI DARIPADA TERLALU MUDAH BERJANJI DENGAN SESIAPA PUN

59) SELALU MENGINGATKAN DIRI MENGENAI KEMATIAN DAN SEDAR BAHAWA KEHIDUPAN DUNIA ADALAH SEMENTARA

60) JAUHKAN DIRI PERBUATAN TIDAK BERFAEDAH SEPERTI BERSEMBANG KOSONG

61) BERSAHABAT DENGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH & BIJAK

62) SERING BANGUN DI PENGHUJUNG MALAM BERDOA & BERISTIGHFAR

63) LAKUKAN IBADAT HAJI & UMRAH APABILA BERKEMAMPUAN

64) MAAFKAN ORANG LAIN YANG BERBUAT SALAH KEPADA ANDA

65) JANGAN BERDENDAM & JANGAN ADA NIAT UNTUK MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEJAHATAN JUGA

66) JANGAN MEMBENCI SESEORANG HANYA KERANA DIA TIDAK BERSEFAHAMAN & SEPENDIRIAN DENGAN KITA

67) JANGAN BENCI KEPADA ORANG YANG MEMBENCI ANDA

68) BELAJAR UNTUK BERTERUS TERANG DALAM MENENTUKAN SUATU PILIHAN

69) RINGANKAN BEBAN ORANG LAIN & MEMBANTU MEREKA YANG BERADA DALAM KESULITAN

70) JANGAN MELUKAI HATI ORANG LAIN SAMADA SECARA FIZIKAL @ MENTAL

71) JANGAN BIASAKAN DIRI BECAKAP BOHONG

72) BERLAKU ADIL WALAUPUN KITA SENDIRI MUNGKIN AKAN RUGI

73) JAGALAH AMANAH DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB

74) LAKSANAKAN SEGALA TUGAS DENGAN PENUH KEIKHLASAN & KESUNGGUHAN

75) HORMATI ORANG LAIN YANG LEBIH TUA

76) JANGAN MEMBUKA AIB ORANG LAIN

77) LIHAT ORANG YANG LEBIH MISKIN MAKA BERSYUKURLAH(KERANA KITA LEBIH BERUNTUNG DARIPADA DIA) LIHAT PULA ORANG YANG LEBIH BERJAYA MAKA CONTOHILAH DIA

78) AMBIL PENGAJARAN DARIPADA PENGALAMAN ORANG ARIF & BIJAKSANA

79) SEDIAKAN WAKTU & RUANG UNTUK MERENUNG APA-APA YANG SUDAH DI LAKUKAN(MUHASABAH DIRI)

80) JANGAN SEDIH KERANA DIRI ANDA MISKIN & JANGAN SOMBONG KERANA KAYA

81) JADILAH MANUSIA YANG SELALU BERMAFAAT KEPADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA

82) KENALI KEKURANGAN DIRI DAN KENALI PULA KELEBIHAN ORANG LAIN

83) JANGAN MEMBUAT ORANG LAIN MENDERITA DAN SENGSARA

84) BERCAKAP HAL YANG BAIK-BAIK SAHAJA JIKA TIDAK..DIAM

85) HARGAI KEJAYAAN DAN PEMBERIAN ORANG

86) JANGAN HABISKAN WAKTU UNTUK SEKADAR BERHIBURAN DAN BERSENANG LENANG

87) AKRABKAN DIRI DENGAN SEMUA ORANG WALAUPUN ORANG YANG TIDAK MENYENANGKAN

88) PILIH WAKTU SESUAI UNTUK BERSUKAN YANG SESUAI DENGAN NORMA AGAMA DAN KEMAMPUAN DIRI

89) JANGAN MEMBUAT SESUATU YANG BOLEH MENGGANGU DAN MENJEJASKAN KESIHATAN JASMANI ATAU FIKIRAN

90) IKUTILAH NASIHAT ORANG-ORANG YANG ARIF DAN BIJAKSANA

91) PANDAI-PANDAILAH UNTUK MELUPAKAN KESALAHAN ORANG DAN PANDAI-PANDAILAH UNTUKMELUPAKAN JASA KITA

92) JANGAN MEMBUAT SESUATU YANG BOLEH MENYEBABKAN ORANG LAIN TERGANGGU DAN JANGAN
BERKATA SESUATU YANG BOLEH MENYEBABKAN ORANG LAIN RASA TERHINA

93) JANGAN CEPAT PERCAYA KEPADA CERITA JELEK YANG MENGENAI TEMAN-TEMAN ANDA SEBELUM ANDA PASTIKAN SENDIRI KESAHIHANNYA

94) JANGAN BERTANGGUH UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS DAN KEWAJIPAN

95) SAMBUTLAH HULURAN TANGAN ORANG LAIN(PASTIKAN AURAT) DENGAN PENUH KEAKRABAN DAN KERAMAHAN TETAPI TANPA BERLEBIHAN

96) JANGAN MEMAKSA DIRI UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG DI LUAR KEMAMPUAN DIRI

97) WASPADA AKAN SETIAP UJIAN CABARAN GODAAN DAN TENTANGAN.JANGAN LARI DARI KENYATAAN KEHIDUPAN

98) YAKINLAH BAHAWA SETIAP KEBAJIKAN AKAN MELAHIRKAN KEBAIKAN.SETIAP KEJAHATAN PULA AKAN MELAHIRKAN KEROSAKKAN

99) JANGAN BINA KEJAYAAN ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN DAN JANGAN BINA KEKAYAAN ATAS MEMISKIN KAN ORANG LAIN

100) YAKIN AKAN BANTUAN ALLAH DAN YAKIN DIA HANYA DIA TEMPAT MENGADU TERBAIK

Dapat Kerusi Baru


Terima kasih PASTI Kawasan Machang yang menyumbangkan kerusi pelajar kepada PASTI As Salam, Kg Batu 30 (yang disampaikan oleh pengerusi PASTI Kawasan Machang)

10hb Mac 2016,,,Bangunan PASTI As Salam, Kg Batu 30 Dirasmikan

Poster untuk hebohan kepada orang ramai

Antara yang hadir malam itu,,,terima kasih semua

Ucapan perasmian oleh Al Fadhil Ust Ahmad Fadzli Shaari
(Pengarah Jabatan PASTI Negeri Kelantan)

06hb Mac 2016,,,Mesyuarat Khas PASTI As Salam, Kg Batu 30

Alhamdulillah selesai sudah mesyuarat khas ini,,,terima kasih diucapkan kepada semua ajk pasti as salam, kg batu 30 yang hadir dan tidak dilupakan ahli jawatankuasa pemuda pas kawasan machang dan pemuda dun temangan yang turut hadir dalam mesyuarat ini,,,

bergambar dulu,,,,sebelum memulakan mesyuarat
(terima kasih pemuda pas yang turut hadir dalam mesyuarat ini)

ucapan dan pandangan daripada ketua pemuda pas machang

tuan pengerusi pasti kawasan machang (berbaju kuning)
menyampaikan sedikit ucapan dalam mesyuarat ini 

mendengar dengan penuh khusyuk,,,

Cikgu tengah buat apa tu,,,orang duk mesyuarat depan,,,dia duk mesyuarat belakang
(haha,,,perbincangan segera,,, tindakan yang diamanahkan)

Sejarah Penubuhan PASTI

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pemdidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM. 

Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat sesuatu yang menarik daripada segi pengasasan, pengolahan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan, suasana di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan ini kepada ABIM. Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI). 

Di Terengganu pada tahun 1985 TAsKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Terengganu. Manakala di Kelantan pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Kelantan sejak tahun 1988. 

Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat prasekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas negeri masing-masing. Pada tahun 1988 hasil daripada penyelarasan semula semua TASKI yang dikelolakan oleh ahli-ahli PAS. 

Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui muktamar Tahunan ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS. 

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI. 

Pada 29-30 Mei 1988 tekah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dbentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan “Penyelarsan Manhaj Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama saudara Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahya sebagai sebagai Timbalan Ketua Pengarah, saudara Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan saudara Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negari sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat. 

Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah megarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. 

PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Objektif, Visi dan Misi Pendidikan PASTI

VISI 

Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikanp pra sekolah sebagai elemen terpenting

 MISI 

Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam 

MATLAMAT PENUBUHAN PASTI 

Matlamat Am 
  • Mengembalikan pemafahaman masyarakat umum kepada kepentingannya pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat. 
  • Mengadakan pendidikan awal (pra-sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia. 
  • Menyediakan wadah awal pendidikan berorentasikan harakah Islamiah untuk jangka masa panjang. 
  • Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan. 
  • Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam. 

Matlamat Khas 
  • Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan Tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah S.W.T. 
  • Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah s.a.w. 
  • Memberi galakkan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah 
  • Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa Al-Quran 

OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI 
  • Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal. 
  • Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis. 
  • Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah , akhlak dan cenderong melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar. 
  • Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir. 
  • Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.